Perkhidmatan Kami

  • Pengertian
    Zakat Berasal dari perkataan Arab "al-zakat" yang membawa maksud suci, rahmat, berkat, berkembang , subur, bertambah dan sedekah.
    Dari segi istilah, zakat bermaksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas sebahagian harta kekayaan dari sumber yang baik yang dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak menerimanya.
  • Dalil
    "Hai orang-orang beriman! Nafkahkan lah ( di jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu." ( Surah Al-Baqarah 2:267)
    "Maka sesungguhnya Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah)." ( Riwayat Abu Daud )
  • Syarat Wajib Zakat
    • Islam
    • Merdeka
    • Cukup Nisab
    • Cukup Haul
    • Milik Sempurna
    • Niat berniaga
  • Kadar Zakat
    2.5%
  • Jenis Zakat
    Zakat Fitrah

    Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

    Zakat Harta

    Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

  • Zakat Harta Terbahagi kepada beberapa jenis
    • Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)
    • Zakat Perniagaan (termasuk saham)
    • Zakat Pendapatan
    • Zakat Binatang Ternakan
    • Zakat Emas dan Perak
    • Zakat Pertanian
    • Zakat Galian (Emas dan Perak)


Alamat

EJEN ZAKAT & WAKAF TUNAI NO 4, TINGKAT BAWAH, BAZAR MAIDAM, JALAN MASJID ABIDIN, 20100 KUALA TERENGANU

Telefon

Tel : 019-9104604

Email

zakat@maidamproperty.com

Waktu Operasi

Beroperasi enam (6) hari seminggu iaitu pada hari Sabtu hingga Khamis bermula jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang