Perkhidmatan Kami

Kami turut menyediakan perkhidmatan peti simpanan keselamatan di semua cawangan Ar-Rahnu kami

  • Konsep
    Konsep syariah yang digunakan ini ialah Ijarah iaitu merujuk kepada akad sewa atau upah yang melibatkan faedah/manfaat daripada sesuatu aset atau tenaga kerja dengan bayaran atau upah tertentu dalam tempoh yang dipersetujui
  • Kadar Sewa
    Kadar sewa peti adalah RM30.00 sebulan. Pelanggan dikehendaki membayar dahulu sewa untuk 2 bulan pertama.
  • Tempoh Simpanan
    Maksimum 12 bulan (boleh diperbaharui)
  • Jenis Barang (yang diterima)
    Kategori A
    • Barangan emas termasuk barangan kemas dan produk bulion yang mempunyai mutu-mutu emas bermula 9 karat (375) hingga 24 karat (999)
    • Barangan perak dan permata termasuk barangan kemas / produk batu permata seperti berlian, delima, zamrud, nilam, intan dan sebagainya
    Kategori B
    • Dokumen-dokumen berharga / pemilikan seperti geran tanah, saham amanah / blue chip / invois jualan kepada badan kerajaan dan syarikat GLC, resit pelaburan emas di bank, resit simpanan inventori dan sebagainya

Share: