Raudhatul Rahah, Paya Bunga, Kuala Terengganu
Raudhatul Rahah adalah Tanah Perkuburan Islam Paya Bunga yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu merupakan tanah perkuburan dalam taman adalah yang pertama seumpamanya di Terengganu.
Menggunakan konsep yang lebih moden dan sistematik, usaha yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) itu sekali gus menjadikannya sebagai projek rintis kepada pengurusan tanah perkuburan yang lebih baik, di samping guna tanah yang lebih efisien dan tersusun.
Tanah perkuburan Islam ini seluas 5.1832 hektar, tapak kubur yang disusun lebih sistematik dan mempunyai pengurusan yang lebih baik.
Mempunya sebanyak 16,000 lot, iaitu satu jumlah yang besar untuk menempatkan lebih banyak jenazah pada masa akan datang. Apabila siap nanti, waris si mati juga boleh mendapatkan segala maklumat, termasuk kedudukan kubur melalui kemudahan sistem e-Pusara yang akan disediakan..
Dilengkapi dengan kemudahan awam lain seperti dewan serba guna, surau, tandas, ruang menunggu dan pejabat pengurusan. Selain itu Lampu bagi kemudahan pengebumian, wakaf bagi kemudahan pengunjung dan tempat letak kenderaan awam juga disediakan
Ibu Pejabat