Skim Pembiayaan Ar-Rahnu MAIDAM
Kami menawarkan kemudahan pembiayaan wang tunai segera berdasarkan gadaian dari barang kemas / barangan emas berasaskan prinsip syariah yang dikenali sebagai Ar-Rahnu. Kami menerima semua jenis barang kemas yang bermutu dari 585 hingga 999 untuk digadaikan.
Pembiayaan sehingga 80% nilai marhun!
* tertakluk syarat
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun keatas
Margin Gadaian
- Sehingga 80% daripada nilai barang kemas (marhun)
Had Pembiayaan
- Ar-Rahnu MAIDAM : Maksimum RM30,000.00 di setiap penggadai disetiap cawangan
- Ar-Rahnu Eksklusif : Maksimum RM100,000.00 di setiap penggadai
Kadar Keuntungan Pembiayaan
- Kadar Keuntungan Pembiayaan adalah 1% sebulan atas nilai pembiayaan
Tempoh Pembiayaan
- 12 bulan
Konsep Syariah
- Kontrak Tawaruq