Ada Soalan? Kami Ada Jawapannya
Sila rujuk soalan lazim di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan MAIDAM Property.
Zakat
Berapakah kadar zakat yang perlu dikeluarkan?
2.5% daripada harta yang wajib dizakatkan.
Adakah boleh membayar zakat kepada selain organisasi zakat?
Zakat sebaik-baiknya dibayar kepada institusi yang memungut zakat (organisasi zakat) yang telah dilantik oleh pemerintah.
Bagaimana saya hendak membayar zakat melalui MAIDAM Property?
Zakat boleh dibayar melalui beberapa cara iaitu:
- Hadir ke premis kami di Tingkat Bawah, Bangunan Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin.
- Bayaran dalam talian melalui laman web kami di zakat.maidamproperty.com.
Apakah saya akan mendapat resit rasmi MAIDAM jika membayar melalui MAIDAM Property?
Ya. Pembayar zakat akan mendapat resit rasmi MAIDAM yang akan kami hantar melalui e-mel atau WhatsApp.
Apakah pihak MAIDAM Property akan membantu kami sebagai peniaga untuk mengira jumlah zakat yang dikenakan?
Ya, pihak kami akan membantu mengira jumlah zakat yang perlu dibayar berdasarkan laporan kewangan tahunan syarikat (jika ada) atau laporan jualan yang disediakan. Selain itu, pihak tuan juga boleh menggunakan kalkulator kami mengikut jenis perniagaan atau zakat yang hendak dibayar di zakat.maidamproperty.com.
Kira Zakat Perniagaan Tanpa Penyata Akaun
Abyad Jewels
Bolehkah saya tahu waktu urus niaga Kedai Emas Abyad Jewels?
Waktu urus niaga Kedai Abyad Jewels adalah seperti berikut:
| Ahad – Khamis | 8:30 Pagi – 5:00 Petang |
| Sabtu | 8:30 Pagi – 3:00 Petang |
| Jumaat & Hari Cuti Umum | TUTUP |
Bagaimanakah untuk saya mengetahui harga emas semasa Abyad Jewels?
Harga emas semasa dikemas kini di laman web kami.
Lihat Harga Emas Semasa
Tiada soalan yang sepadan dengan carian anda. Cuba kata kunci lain atau hubungi kami terus.
Tidak jumpa jawapan yang dicari?
Pasukan kami sedia membantu anda. Hubungi kami atau hantarkan pertanyaan anda.
