MAIDAM PROPERTY SDN BHD ditubuhkan pada 8 Oktober 2018 dengan memakai No. Pendaftaran 201801036392 (1298421-X) dan beralamat daftar di 102-B, Tingkat 1, (Bersebelahan Paya Bunga Sentral), Jalan Tengku Embong Fatimah, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

MAIDAM Property Sdn. Bhd. merupakan syarikat milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang berfungsi sebagai syarikat pembangunan strategik untuk hartanah, projek dan perkhidmatan.

MAIDAM Property Sdn. Bhd. menjadi "Special Vehicle" kepada MAIDAM dalam menjalankan perniagaan yang berdaya saing dengan memfokuskan kepada;

  • Perkhidmatan Ar-Rahnu dan Konsultansi
  • Penjualan Produk Emas dan Bulion
  • Pembangunan Hartanah
  • Perkhidmatan Fasiliti dan Kemudahan
  • Pengedaran dan Penjualan LPG Silinder Komposit
  • Perkhidmatan Ejen Kutipan Zakat & Wakaf Tunai
  • Perhotelan dan Rumah Penginapan

Berminat Untuk Membuka Perniagaan Ar-Rahnu? Dapatkan konsultasi kami...